“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada
lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat
(berhampiran) yang dibina manusia..
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa
hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada
semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari
lebah.
Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Antaranya, sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.
Misalnya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.
Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina, yang rasa terpanggil dengan firman Allah untuk mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.
Dari hasil kajiannya yang kemudiannya menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat mendapati madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.
Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.
Kitab Islam
terkenal, Tafsir Ibnu Kathir, menyatakan bahawa madu yang berwarna putih,
keemasan dan kehitaman sangat sesuai untuk dijadikan santapan harian sama ada
dicampur di dalam makanan atau minuman.
Begitulah kebijaksanaan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada manusia dan terserahlah kepada hamba-hambaNya untuk memilih sama ada mahu mengikut fitrah yang diberikan kepada mereka atau sebaliknya.
Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.
Alangkah indahnya sekiranya kita merujuk kepada fitrah Islam sebagai cara hidup seharian sementara menunggu saat bertemu dengannya di dalam kehidupan yang lebih abadi nanti.

Kelebihan
Madu Lebah
- Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
- Membersih dan menambah darah.
- Mengelak cacing perosak dalam perut.
- Menambah kelazatan makanan.
- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
- Mudah dan cepat diserap oleh badan.
- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Cara
Mengetahui Keaslian Madu Lebah
- Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
- Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
- Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
- Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
- Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.
- Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
- Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.