Monday, July 12, 2010

RFC diperluas ke seluruh negara


KANGAR - HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

"Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

sumber dari kosmo 12/07/2010

Saturday, July 10, 2010

kelebihan kunyit

Isi kunyit terdiri daripada ibu kunyit dan dikelilingi oleh cabang2 rizom yang kecil. Ibu kunyit mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna oren terang di dalam. Bunganya berwarna putih dan boleh dijadikan ulam. Begitu juga dengan rizomnya.

Kegunaan

1. Sebagai bahan ubatan dalam kosmetik tempatan.

2. Boleh melancarkan peredaran darah dan meningkatkan pengaliran qi ( perubatan cina)

3. Rawatan selepas bersalin
>> kunyit muda dan bunga kunyit dibuat ulam selama 40 hari berpantang bagi menyegarkan badan dan memyembuh luka dalaman.

4. Menghilangkan keputihan, vagina berair dan meningkatkan keintiman hubungan suami isteri
>> Kunyit dikisar bersama pegaga jadikan jus diminum seminggu sebelum datang haid.

5. Merawat tekanan darah tinggi, demam kuning,cirit-birit, meningkatkan selera makan, sembelit, merawat sakit perut, kencing berdarah dan radang ginjal.
>> Kunyit diblender halus. Tapis dan minum sekali sehari selepas makan.

6. Ia mempunyai sifat antiradang,anti kanser dan pelindung hati. Disamping itu kunyit menjadikan penggemarnya awet muda.

7. Merawat luka luaran dan dalaman.
>> Kunyit ditumbuk halus dan ditampal pada luka.

8. Kunyit mempercepatkan luka kerana mempunyai sifat anti bakteria.

9. Mengubati penyakit asma atau lelah.( perubatan India - Ayurveda)
>> Kunyit direbus dan diminum semasa sesak nafas asma.

10. Membantu melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan muka pucat di kalangan ibu2 dalam pantang.


Friday, July 2, 2010

BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.