Monday, August 10, 2009

PRODUK BARU DARI HPA

Sabun Anti Resdung dan Spirudetox



Radix Men,Centella Women,Centella Mild


Friday, August 7, 2009

45 CAWANGAN BARU MENJELANG 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi mennggenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mengujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan.

RADIX BAKERY HOUSE KINI DIBUKA


Radix bakery house HPA yg terletak bersebelahan dgn radix oriental cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam selepas dirasmikan oleh tuan haji ismail ahmad.radix bakery house ini menggunakan produk2 HPA seperti olive oil,madu,kismis,kopi radix,koko radix,jem nenas,jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.
Disamping itu juga produk2 radix bakery house ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA.diantara produk2nya ialah cup cake,muffin,aising cake,pizza,cream puff,roti,butter cake,biskut dan lain2.
Diantara sebab2 yg membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah utk menyahut seruan drpd JAKIM dan PPIM yg mengatakan bahawa lebih drpd 80% kek yg dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yg mengandungi bahan haram.
Penggunaan jeli dan gelatin dan keju yg berleluasa dlm pembuatan kek ini juga antara faktor2nya.alhamdullillah,keju yg digunakan dalam produk radix bakery house ini adalah diperbuat drpd myk kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh tuan haji semasa perasmian semalam.
Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita.tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini.malah ada juga kek yg mengandungi sedikit alcohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dab besar.semua masalah ini insyaallah HPA berusaha utk mengadakan altenatif lain.
Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah2 seluruh Malaysia.

Wednesday, August 5, 2009

HERBA RENDAMAN KAKI

Kelebihan:

Sangat baik untuk merawat pesakit insomnia (sukar tidur), mengurangkan tekanan darah tinggi. Antara kandungan produk ialah garam bukit. Cara guna produk ini ada dipamerkan pada kotak.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 25.00
Sabah & Sarawak: RM30.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Nilai Mata: 5

MAJALAH ANIS KELUARAN OGOS


Rasulullah SAW menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan. Kedatangan Ramadan membuka seluas-luasnya jalan untuk beramal ibadah dengan mudah. Ini kerana para syaitan yang sentiasa menghalang dan merintangi manusia daripada melakukan amal ibadah dalam bulan-bulan lain telah dirantai. Ramadan juga membuka peluang untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Inilah yang dimaksudkan dengan pintu-pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya. Sementara itu pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya apabila jalan-jalan perlakuan dosa dipersempitkan sepanjang bulan Ramadan. Itulah diantara bonus bantuan dan kemudahan yang tersedia di bulan Ramadan untuk seseorang mengejar keterlanjurannya di masa lalu. Baca Anis Ogos 2009 untuk mengetahui bagaimana hendak pugarkan bumi hati kita di bulan Ramadan.

KURSUS UNTUK PENGHAYATAN PJS

Monday, August 3, 2009