Friday, August 7, 2009

RADIX BAKERY HOUSE KINI DIBUKA


Radix bakery house HPA yg terletak bersebelahan dgn radix oriental cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam selepas dirasmikan oleh tuan haji ismail ahmad.radix bakery house ini menggunakan produk2 HPA seperti olive oil,madu,kismis,kopi radix,koko radix,jem nenas,jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.
Disamping itu juga produk2 radix bakery house ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA.diantara produk2nya ialah cup cake,muffin,aising cake,pizza,cream puff,roti,butter cake,biskut dan lain2.
Diantara sebab2 yg membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah utk menyahut seruan drpd JAKIM dan PPIM yg mengatakan bahawa lebih drpd 80% kek yg dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yg mengandungi bahan haram.
Penggunaan jeli dan gelatin dan keju yg berleluasa dlm pembuatan kek ini juga antara faktor2nya.alhamdullillah,keju yg digunakan dalam produk radix bakery house ini adalah diperbuat drpd myk kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh tuan haji semasa perasmian semalam.
Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita.tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini.malah ada juga kek yg mengandungi sedikit alcohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dab besar.semua masalah ini insyaallah HPA berusaha utk mengadakan altenatif lain.
Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah2 seluruh Malaysia.

No comments: