Tuesday, January 26, 2016

Ilmu Asas Herba





ilmu asas herba
1. kekuatan sesuatu herba terletak kepada bumi dimana ia tumbuh. biasanya herba yang tumbuh di kawasan tinggi lebih kuat kesannya dalam perawatan.
2. lihat pandangan kasar atau makroskopik pohon tersebut seperti bentuk apa kerana ubatnya adalah untuk organ yang menyerupainya.
3. lihat warna pohon kerana warna juga menunjukkan tujuan perubatan pohon tersebut
4. lihat apakah kesakitan orang di sesuatu tempat kerana pohon ubatan untuk penyakit tersebut juga ada ditempat itu tersebut
5. Herba itu membawa kita tadabbur pada penciptaan Allah yang maha besar. Allah datangkan penyakit Allah juga datangkan ubatnya



Thursday, January 7, 2016

Pokok Ketumpang Air



 Pokok Ketumpang Air



Pokok Ketumpang Air (Pepperomia pellucida) ini tumbuh melata di negara kita.  Pokok ini kebiasaanya tumbuh di sekitar rumah kita. Oleh kerana ia sering tumbuh secara terbiar, kita akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Sebenarnya pokok ini mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Pokok Ketumpang Air turut di kenali sebagai sireh cina, sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian.
Pokok ini juga boleh di buat sayur goreng kerana rasanya yang tidak pahit. Selain dimasak ianya juga boleh dijadikan salad, direbus dan di minum airnya. Selain dibuat salad, daunnya boleh dikeringkan dan dibuat teh (infusion). Ia juga boleh di buat air rebusan untuk di minum bagi mengurangkan asid urik.
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Jadi selepas ini, kita mungkin boleh memastikan pokok ini hidup subur dan menjadikannya diet terbaik untuk keluarga kita.



Khasiat Pokok Ketumpang Air:
1- Merawat Gout
 2- Penawar sakit sendi dan perut
 3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
 4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
 5- Meredakan batuk
 6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
 7- Merawat Buasir
 8- Melegakan selsema
 9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
 10- Merawat Kayap
 11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
 12- Merawat kencing manis