Pokok Ketumpang Air
Pokok Ketumpang Air (Pepperomia
pellucida) ini tumbuh melata di negara kita.
Pokok ini kebiasaanya tumbuh di sekitar rumah kita. Oleh kerana ia
sering tumbuh secara terbiar, kita akan selalu mencabutnya dan membuangnya
untuk membersihkan kawasan rumah.
Sebenarnya pokok ini mempunyai
khasiat yang tinggi dalam perubatan. Pokok Ketumpang Air turut di kenali
sebagai sireh cina, sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh
bunian.
Pokok ini juga boleh di buat sayur
goreng kerana rasanya yang tidak pahit. Selain dimasak ianya juga boleh
dijadikan salad, direbus dan di minum airnya. Selain dibuat salad, daunnya
boleh dikeringkan dan dibuat teh (infusion). Ia juga boleh di buat air rebusan
untuk di minum bagi mengurangkan asid urik.
Ternyata memang pokok yang selama ini
kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Jadi selepas ini, kita mungkin boleh memastikan pokok ini hidup subur dan
menjadikannya diet terbaik untuk keluarga kita.
Khasiat Pokok Ketumpang Air:
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan
pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air
dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis